Program Insan Cemerlang

Program Khas Insan Cemerlang – Kemahiran Berfikir Aras Tinggi KBAT

 

Objektif Program

Menyedarkan para peserta tentang peri pentingnya kejayaan dalam bidang akademik bagi menjamin kejayaan dalam kehidupan pada masa- masa akan datang.

Membina sikap positif yang sepatutnya dimiliki oleh pelajar bagi menjamin kejayaan cemerlang masing- masing.

Menghilangkan sifat pemalu keterlaluan terutama untuk bertanya di dalam kelas, berjumpa dengan pensyarah dsb.

Mewujudkan rasa keinsafan dan bersyukur di atas nikmat kemudahan pendidikan yang disediakan.

Menjana kemahiran ber kir aras tinggi (KBAT) ke arah kematangan menyelesaikan masalah peribadi dan pembelajaran.

Mengetengahkan teknik-teknik belajar yang baru dengan satu alternatif pendekatan yang menarik dan efisien.

Memupuk ciri-ciri kepimpinan yang harus dimiliki oleh semua pelajar ke arah merealisasikan warga penuntut yang mantap dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah rupa diri.

Melahirkan pelajar yang sentiasa menghargai dan bijak menguruskan Amasa serta belia / remaja yang sentiasa bercita-cita tinggi sejajar dengan aspirasi kerajaan iaitu ke arah pembentukan generasi berwawasan.

 

Perlaksanaan Program

Program bakal diadakan dalam bentuk ceramah / seminar yang berupa perkongsian pengalaman antara penceremah / motivator dengan para peserta. Disamping itu program juga bakal melibatkan para peserta dengan aktiviti-aktiviti yang pastinya menyeronokkan dan amat bermanfaat dalam menyedarkan para peserta tentang peri pentingnya berusaha kearah kecemerlangan diri masing-masing. Program ini menggunakan modul kemahiran belajar sebagai platform agar para peserta memperolehi input dari segenap aspek kehidupan mereka di kampus yang meliputi motivasi, pembentukan personaliti dan sahsiah rupa diri, pengurusan masa berkesan, teknik belajar berkesan dan semuanya dalam satu program

 

 

Manfaat Program

Perkongsian konsep reek “Rezeki Itu Datang Dari Allah, Maka Dekatkanlah Diri Dengan Allah”

Memperolehi Suntan Semangat Baru Membina Kejayaan

Perkongsian Amalan Doa dan Zakir

Rentetan Pengalaman “Hikmat Disebalik Kesabaran Berjuang Menggapai Impian

Mengenalpasti dan Menganas Halagan/Musibah Hidup

Persediaan Menghadapi Peperiksaan

 

PENDEKATAN PROGRAM

Penggunaan bahasa yang mudah dan selari dengan frekuensi penerimaan sasaran.

Perkongsian ilmu dan pengalaman tersendiri menjadikan corak penyampaian lebih berkesan kerana segala yang diceritakan dialami sendiri oleh motivator.

Kecacatan zikal motivator yang berkaki palsu, pengalaman beliau sebagai pemimpin pelajar sewaktu di IPTA luar Negara dan juga dalam Negara, keterlibatan diri beliau dalam kokurikulum, kesusahan hidup disebabkan kemiskinan keluarga penoreh getah, dan kecemerlangan beliau di dalam akademik adalah satu CABARAN kepada para peserta.

Kaedah penyampaian menggunakan pendekatan yang dipelbagaikan merangkumi ‘role-play’, kisah dan teladan, motivasi kepimpinan, pembentukan sahsiah rupa diri, keagamaan, muhasabah diri, dan sebagainya menjadikan program yang disediakan cukup menarik dan berkesan.

Pendedahan terhadap perkembangan isu semasa yang terkini terhadap dunia pendidikan dan cabaran-cabarannya serta menyediakan ‘input- input’ yang pastinya segar ‘up-to date’ untuk para peserta.

Motivator yang berpengalam luas dalam psikologi remaja dan telah membuktikan program yang beliau adakan telah berjaya menjadikan MRSM / Sekolah / Pusat Matrikulasi / IPTA mencapai bilangan pelajar cemerlang ( PNG 3.00 dan 4.00 ) yang amat menakjubkan.

 

Tempoh Program : Sehari/ Separuh hari

Sasaran : MRSM/Sekolah/Matrikulasi/IPT

 

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi En Ridzuan (012-3598767)

 

“Learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow. The important thing is not to stop questioning”

Albert Einstein