Motivasi Keibubapaan

Tentang Program

Program top saban tahun ini adalah perkongsian pengalaman peribadi YM Raja Shamri tentang bagaimana
beliau di didik dari keluarga penoreh getah yang mempunyai 7 orang adik beradik dan dibesarkan dalam
keadaan serba kekurangan . Tip- tip penting serta amalan-amalan peribadi disertakan bagi tujuan rujukan
dan amalan bersama menjadikan program ini mencipta hubungan yang berkekalan, inspirasi yang
berpanjangan dan motivasi berterusan kepada para peserta dalam usaha bersama-sama melahirkan
anak-anak hebat dunia dan akhirat.

Manfaat Kursus/ What Will You Get

• Muhasabah diri tentang rezeki itu dari Allah maka dekatkanlah diri dengan Allah /
Tuhan kamu nescaya rezeki kamu akan bertambah.

• Berkongsi cerita tentang ketabahan seorang yang dilahirkan cacat dari keluarga miskin
yang berjuang membina masa depan ( Sabar, usaha, cekal, bijak, cintakan ilmu,
rendah diri, berkerjasama, dekat dengan Tuhan, hidup yang diberkati dll.)

• Semangat dan motivasi yang meningkat

• Cara menjadi prihatin dan penyayang

• Tips menguruskan masalah kewangan

• Tips mengurangkan stress dari sikap anak-anak

“Kita tidak boleh sentiasa membina
masa depan untuk belia kita, tetapi kita
dapat membina belia kita untuk masa
hadapan.” Franklin D. Roosevelt

Great Speeches