PROGRAM RAJA SHAMRI

Pembinaan Diri, kecemerlangan pekerja, motivasi umum dan khas

Bagaimana untuk menjemput YM Raja Shamri mengendalikan program bersama para pelajar / kakitangan organisasi Tuan / puan

 

1. Bincangkan dulu dengan bos anda jenis program yang akan di adakan (bilangan peserta / anggaran tarikh / jangkamasa program / budget / objektif program dsbg.)

2. Call 09-7868787 atau PA YM Raja Shamri di 012-3598767 (En. Ridzuan) untuk bertanyakan kekosongan tarikh. Booking terus tarikh jika masih ada kekosonan agar tidak berlaku pertindihan. Maklumkan profile program dan profile peserta (Umur / jenis pekerjaan / jantina / tahap akademik dsbg.) Tarikh akan di ‘reservekan’ untuk klien sehinggalah surat rasmi jemputan mengendalikan program diterima base on first come first serve basis.

3. Pihak pejabat akan workout the best quotation serta tentatif program dan modul terbaik yg bersesuaian dengan objektif program yg di minta. Pihak pejabat seterusnya akan fax atau email quotation dan tentatif program tersebut.

4. Perbincangan berkaitan bayaran dan harga bermula. Jika semuanya dah bersetuju klien perlu keluarkan surat jemputan samada melalui fax / email. Tanpa surat jemputaan rasmi kami menganggap klien tidak bersetuju dengan tarikh dan harga yg diperbincangkan maka tarikh tersebut boleh sahaja diberikan kepada klien lain yang menunggu.

5. That’s it … tunggu sahaja tarikhnya tiba

* Program Raja Shamri untuk pelajar / korporat / agensi kerajaan ada beberapa jenis …

1. Program 1 hari berbentuk ceramah
2. Program 1 hari berbentuk ceramah dan workshop
3. Program 3 hari 2 malam berbentuk kem
5. Team building dsbg.

dan custom made program mengikut kehendak client seperti 2 hari, half day dsbg.

Program untuk guru (LADAP), corporate training, financial training dan parenting pula lagilah berbeza.

Bayaran untuk setiap program tersebut berbeza-beza berdasarkan beberapa faktor … antaranya :-

1. Jenis program yg dipilih

Program yg melibatkan handout, fasilitator dan alatan pastinya akan lebih tinggi kosnya dan keberkesanannya pastinya juga lebih.

Program 2 hari pastinya lebih tinggi fees berbanding program satu hari.

2. Bilangan peserta.

Bilangan peserta yg ramai mendambakan tenaga, dan teknik yang tinggi untuk kawal crowd … justeru bayarannya juga sedikit tinggi …

3. Tarikh yang dipilih …

Sekiranya Raja Shamri terpaksa balik dari Sabah untuk kendalikan program di sekolah cikgu maka fees akan jadi sedikit tinggi …

sama juga jika Raja Shamri terpaksa ke sekolah cikgu satu2nya dari kelantan tanpa ada program lain yg berdekatan maka fees standard lah yg kami quote.

Tapi jika tarikh yg dipilih itu terdapat program lain yg berdekatan maka fees yang dikenakan akan jadi jauh lebih rendah sebab kos travelling, accomodation dsbg akan jadi lebih ekonomik.

Jadi … untuk jawab soalan tentang kos program saya perlukan maklumat untuk come out dengan quotation terbaik untuk client.

1.Lokasi.

2. Bilangan peserta

3. Cadangan tarikh.

4. Cara pembayaran (L/O kerajaan, duit PIBG, kutip dari pelajar atau sumbangan organisasi atau individu)

5. Jenis program (satu hari – ceramah / satu hari cermah dan workshop )

** Jika pembatalan program berlaku ianya perlu juga di sertakan dengan surat rasmi pembatalan program 2 minggu sebelum program berlangsung.

*** Tiada deposit dikenakan untuk booking program sebab abangraja kata Rezeki Milik Allah … permudahkan kerja untuk jalan Allah maka Allah akan permudahkan pula kerja seharian kita meneruskan hidup …

Wallahu’alm …