Selamat Datang Ke Laman Rasmi
Raja Shamri
Pejuang Kemanusiaan . Ikon OKU . Life Coach . Atlet Paralimpik
Raja Shamri atau lebih dikenali sebagai Abang Raja merupakan tokoh motivasi yang sangat dikenali ramai. Penglibatan beliau secara langsung dalam menggerakkan gelombang bantuan ketiga (THIRDFORCE) telah membuka mata rakyat untuk sama-sama menggembling tenaga dalam bantuan kemanusiaan sehingga hari ini.

Raja Shamri
Dari Tokoh Motivasi ke Penggiat Kemanusiaan
Dilahirkan cacat dan serba kekurangan. Dari situlah beliau faham keperitan belenggu kemiskinan. Dan dari titik itulah beliau menanam azam untuk berubah, dan mengubah – dari penerima kepada pemberi.
Kini hidupnya diabadikan untuk membantu golongan miskin, uzur, daif dan ditimpa musibah.
Atlet Paralimpik Kelantan
Kecacatan Bukan Penghalang
Tidak ada yang mustahil.
Kejayaan itu dicipta oleh orang biasa yang berusaha secara luar biasa. Setiap manusia ditakdirkan ada kelemahan dan kelebihan. Orang yang hebat ialah orang yang fokus kepada kelebihan, apa yang ada, melihat diri secara jujur dan cekal mengubah nasib dan kehidupan.


Tokoh Masyarakat
Mengajak orang buat baik bersama-sama
Selagi apa yang kita usahakan itu perkara yang baik-baik, pedulikan suara-suara mengata. Jalan terus ke depan.
Berdasarkan konsep mengajak orang berbuat baik ini, Raja Shamri telah menerajui The 3rd Force yang kini dianggotai oleh ribuan sukarelawan dari dalam dan luar negara.
Blog
Aktiviti terkini



Yang Mulia Raja Shamri Raja Husin, juga mesra dikenali Abang Raja selaku pengerusi eksekutif Yayasan Raja Shamri bersama Yang Berusaha Ustaz Shahrom selaku pengetua SMK Gaal beramah mesra dengan anak-anak
Kita sukarelawan 3rdForce di Yayasan Raja Shamri dididik mengetengahkan solat sunat dhuha dan solat fardhu secara berjemaah.Solat sunat dhuha adalah solat yang ditunaikan setelah naik matahari pada waktu pagi, iaitu
Tazkirah pagi : Al Quran surah Taha ayat 112Kepada semua sukarelawan : bacalah ayat ini sewaktu hendak keluar ke pedalaman sampaikan pek ramdan.