Di sebalik keutuhan sebuah yayasan ataupun badan pertolongan pasti mempunyai pasukan yang mantap. Berani menyahut apa jua cabaran dan sanggup mengorbankan apa sahaja termasuk masa, keluarga dan juga kerjaya agar dapat membantu insan lain yang lebih memerlukan.
Begitu Juga dengan Yayasan Raja Shamri, terdapat banyak cerita yang tidak didendangkan kepada umum tentang pengorbanan pasukan mereka. Tiang utama Yayasan Raja Shamri iaitu Dr. Raja Shamri pengasas the 3rd FORCE. Beliau adalah seorang pakar motivasi yang menjelajah ke seluruh pelusut negara untuk memberikan bantuan kepada yang memerlukan. Namun hanya sedikit yang mengetahui beliau mengorbankan dirinya dengan menahan kesakitan yang disebabkan oleh kaki palsunya kerana berdiri pada jangka masa yang lama di pentas ceramah demi mendapatkan dana yang mencukupi untuk membantu golongan asnaf.
Seterusnya ialah Wan Hafizullah ketua sektor pengangkutan. Kesibukan beliau dalam membantu mereka yang memerlukan sebenarnya terselit banyak pengorbanan lain antaranya ialah, beliau merupakan seorang bapa tunggal yang telah mengorbankan masanya untuk bersama dengan putri kecilnya kerana tugasannya yang menghantar barangan bantuan sehingga jauh kedalam pelusut kampung.
Faizah Qemerzaman ketua sektor kebajikan. Seorang ibu yang memiliki anak OKU namun sanggup menjadi salah seorang ahli the 3rd FORCE sehingga beliau terpaksa meninggalkan anaknya yang OKU demi meredah hutan dan sungai demi menyampaikan bantuan dan menyantuni anak-anak yatim dan anak-anak daif yang berada jauh didalam pedalaman.
Ali Mohamed ketua sektor bangunan dan infrastruktur. Seorang jurutera dan memiliki pendapatan yang cukup lumayan memilih untuk menjadi ahli sukarelawan The 3rd FORCE dan juga beliau ingin sentiasa berada disisi ayahnya yang semakin menua dan juga uzur.
Mohamed Safuan ketua pusat operasi, dari Negeri Perak beliau berhijrah ke Negeri Kelantan hanya kerana beliau ingin turut serta menjadi ahli sukarelawan the 3rd FORCE. Beliau juga tinggal bersendirian di pusat operasi YRS. Beliau juga merupakan seorang graduan IPTA yang memilih untuk mengorbankan kerjaya dalam bidang pendidikan kerana ingin bersama membantu mereka yang berada di dalam kesusahan.
Fakhrul Razi sukarelawan the 3rd FORCE. Fakhrul Razi adalah seorang graduan daripada salah satu IPTA di malaysia dalam bidang perhubungan antarabangsa. Beliau telah memilih untuk menjadi sukarelawan the 3rd Force demi membantu membina semula kediaman yang musnah dikawasan kampungnya dan juga kawasan sekitar yang rosak teruk akibat dilanda banjir besar pada tahun 2014.
Setiap orang ada cara mereka sendiri dalam berkorban. Tidak semua pengorbanan terlihat pada pandangan mata. Hanya mereka yang sanggup dan kuat mampu untuk mengorbankan diri sendiri demi kebahagiaan orang lain. Pengorbanan lah yang menjadikan nilai kemanusiaan dan kasih sayang yang cukup bermakna bagi ahli the 3rd FORCE.


