Pengenalan

Raja Shamri Raja Husin

‘Ikon OKU, Pendidik, Ahli Perniagaan Moden, Penggiat Kemanusiaan, Atlet Paralimpik

Nama penuh beliau ialah Y.M. Raja Shamri bin Raja Hussin. Mesra disapa dengan panggilan Abang Raja. Pemilik syarikat motivasi yang sedang menapak naik di Kelantan, Golden Minds Consultant yang beroperasi di Pasir Putih ini, beliau juga adalah pengasas kepada the 3rd force sebuah badan bukan kerajaan yang berusaha keras membantu masyarakat di seluruh malaysia mahupun luar negara. Raja Shamri juga adalah pengasas kepada Yayasan Raja Shamri yang telah memberikan banyak sumbangan kepada asnaf dan juga mereka yang memerlukan.

Pada asalnya, misi itu hanya dibuat pada skala kecil. Namun, berkat keikhlasan dan kesungguhan yang tidak mengenal lelah dan payah, misi anjurannya menjadi besar. Sukarelawan datang dari pelbagai arah. Bantuan tiba dengan mencurah-curah. Benarlah, saat keikhlasan hati dan kemurnian jiwa mengambil tempat, mudah sahaja Allah membukakan hati manusia untuk berkongsi rezeki dan kudrat. Bantuan tidak dihantar ke pusat pemindahan banjir, kerana bantuan ke lokasi itu telah diselia dan disedia oleh pihak kerajaan. Pasukan beliau fokus kepada mangsa yang jauh terperosok ke kawasan pedalaman dan tidak berada di pusat pemindahan banjir, atas pelbagai sebab.

Orang Kuat Usaha

Usaha Tanpa Penat Lelah Abang Raja dilahirkan dengan hanya sebelah kaki sahaja, di dalam keluarga yang miskin. Namun, peribadi beliau yang sentiasa ceria dan positif sentiasa bertindak untuk mencari penyelesaian kepada setiap cabaran telah membuahkan kejayaan demi kejayaan untuk beliau.

Abang Raja juga suka berkongsi kisah hidupnya yang bermula dari bawah sebelum naik ke atas dengan sesiapa sahaja yang sudi mendengar, dengan harapan beliau dapat memberi semangat dan inspirasi kepada mereka yang perlukan harapan untuk terus berjuang.

Disenangi Ramai

Senang & Susah Dikongsi Bersama Walaupun beliau adalah seorang tokoh pemimpin dan usahawan yang berjaya, Abang Raja sentiasa bersikat rendah diri dan hormat kepada orang lain, tidak kira latar belakang mereka. Sikap rendah diri ini amat disenangi oleh semua lapisan masyarakat. Abang Raja juga suka berseloroh – sesi latihan dan syarahan yang beliau kendalikan biasanya amat meriah dengan lawak jenakanya.

Keinginannya untuk membantu setiap orang yang memerlukan melalui komunikasi yang berkesan dan santai menjadi antara faktor setiap orang mudah berurusan dan bekerjasama dengan beliau. Konsep bersederhana dalam kehidupan juga dipegang olehnya kerana beliau menganggap bahawa setiap orang adalah sama dalam sahaja di mata tuhan. Tiada yang lebih dan tiada yang kurang. Kita yang perlu berusaha untuk kebajikan bersama.

Ahli Falsafah Perniagaan Moden

Model Usahawan Moden Abang Raja amat berbakat dalam menggabungkan falsafah-falsafah pengurusan dari barat dengan timur, seterusnya memformulakan falsafah-falsafah baru untuk diaplikasikan kepada trend-trend perniagaan terkini dengan kaedah-kaedah praktikal yang senang difahami.

Menggunakan segala pengalaman yang diperoleh dari beliau mula dengan syarikat consultation sehinggalah wujudnya gerakan kemanusiaan yang besar iaitu The 3rd Force dan Yayasan Raja Shamri. Beliau fasih dengan segala perkara yang diperlukan dalam pengurusan perniagaan terkini.

Pendidik Serba Boleh

Motivasi Kepada Anak Muda Abang Raja berpengalaman lebih 20 tahun dalam memberi latihan minda positif dan ceramah motivasi kepada semua lapisan masyarakat – eksekutif muda yang baru bekerja hinggalah pengurus kanan yang berpangalaman amat suka dan gemar dengan sesi-sesi yang dikendalikan oleh Abang Raja.

Banyak perkara yang beliau boleh kongsikan kepada masyarakat dan anak-anak muda melalui pengalamannya yang meluas dalam bidang aktiviti kemanusiaan dan perniagaan untuk dijadikan sebagai pencetus semangat dan motivasi kepada mereka. Sesi motivasi yang professional menjadikan beliau seorang ‘life coach’ kepada setiap orang yang mengikuti sesi ceramah motivasi beliau.

PENCAPAIAN

Yayasan Raja Shamri (YRS) yang menaungi kerja-kerja kemanusiaan The 3rd Force (TF) telah melalui hari-harinya dimatangkan dengan pengendalian pelbagai kes-kes bantuan asnaf yang datangnya dari pelbagai peringkat usia di seluruh pelusuk negara sejak hari pertama ianya bermula pada hujung tahun 2014.

Terlalu banyak yang telah kita capai dan masih banyak yang kita rancangkan untuk diusahakan bersama. Antaranya yang telah kita capai ,

  • Pembinaan dan pembaikian rumah asnaf melebihi 600 buah diseluruh negara
  • Bantuan anggota palsu kepada lebih 50 orang penerima
  • Terlancarnya The 3rd Force Antarabangsa di 9 buah negara di bawah program kerjasama strategik Pengantarabangsaan Kerja Kemanusiaan (Vietnaam, Arab Saudi, Sri Lanka, India, Qatar, Kazahkstan, Uzbekistan, Turkiye dan Thailand).
  • Kita juga telah melancarkan TF diperingkat IPT dengan objektif utama untuk menggalakkan kerja-kerja kemanusiaan di kalangan bakal graduan dan memberi nilai tambah kepada CV para penuntut untuk lebih terkedepan di mata majikan (TF UTM, TF UNITEN, TF UNIMAP, TF UiTM, TF UIA, TF COSMOPOINT, TF KPTM, TF UMK) dan menjadikan para siswazah lebih prihatin dan suka melakukan kerja-kerja kemanusiaan membantu orang miskin.
  • YRS juga telah bekerjasama dengan lebih 50 agensi kerajaan terutamanya Agensi Berkaitan Bencana seperti NADMA dan APM, BOMBA dan Penyelamat serta PDRM dalam membantu mereka yang dilanda musibah.
  • Pembukaan lebih banyak TF Chapters / Kawasan di seluruh negara dengan bilangan sukarelawan melebihi 2000 orang menyediakan kita mata dan telinga yang boleh menyiasat keaslian kes-kes asnaf yang dilaporkan dan membantu menyelia pengurusan kes bantuan dengan effisien. Ianya juga ada manifestasi penerimaan masyarakat kepda gerak kerja kemanusiaan yang kita usahakan ini.
  • Lebih 120 orang pelajar dari keluarga tidak berkemampuan telah dibantu dengan pemberian laptop percuma serta bantuan pembayaran yuran dan belanja pengurusan pendaftaran untuk melanjutkan pelajaran ke IPT dibawah program bantuan pendidikan.
  • Lebih 2000 orang anak-anak di pedalaman dibantu untk menfdapoatkan kaca mata percuma di bawah program sinar harapan.
  • Lebih 2500 orang menerima daging segar setiap tahun di seluruh negara melalui program Korban Perdana yang mensdasarkan agihan kepada fakir miskin melalui sukarelawan TF di negeri dan daerah masing-masing.
  • Bantuan bulanan berupa pek makanan, bantuan berkala OKU dan anak yatim serta pemberian katil hospital dan bantuan logistik asnaf untuk ulang alik ke hospital juga telah memanfaatkan lebih 10,000 orang penerima diseluruh negara.
Dan banyak lagi.

PENGIKTIRAFAN

Owl Image
Owl Image
Owl Image
Owl Image
Owl Image
Owl Image