Mungkin kita lihat setiap organisasi bantuan kemanusiaan ada perbezaan dari segi prosedur, sasaran bantuan, dan juga pentadbiran yang biasanya membuatkan kita keliru kerana banyak organisasi untuk dipilih bagi melakukan sumbangan. Akan tetapi perlu juga kita lihat dari perspektif yang lain juga seperti matlamat organisasi-organisasi ini. Matlamat utama pasti dalam membantu mereka memerlukan. Perlu kita ingat bahawa setiap organisasi ini bermula dengan individu atau kumpulan yang mempunyai perasaan untuk berkongsi susah senang mereka dengan orang lain supaya kebersamaan dapat dicapai.
Lihat contoh THIRDFORCE yang saya asaskan pada awalnya bermula disebabkan banjir besar pada tahun 2014 yang melibatkan kemusnahan pada skala yang amat tinggi di negeri-negeri sebelah pantai timur semenanjung, terutama sekali Kelantan. Musibah yang tidak disangka itu telah mengakibatkan sistem komunikasi dan saluran informasi terputus, yang menyebabkan rakyat panik dan tidak tahu bagaimana untuk meminta atau memberi pertolongan
Saya menggunakan Facebook saya, Raja Shamri Raja Husin yang mempunyai pengikut yang ramai serta berada di lokasi kejadian telah memanfaatkan platform media sosial sebagai saluran maklumat dan mengkoordinasi pelbagai bentuk bantuan yang datang dari segenap lapisan masyarakat dari seluruh negara dan luar negara. Gelombang kemanusiaan ini digelar sebagai THE THIRDFORCE (Bantuan Ketiga) sebagai membantu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam misi-misi kemanusiaan.
Saya ingin mengajak setiap orang untuk berbuat baik dan mengumpul amal di akhirat melalui THIRDFORCE dan YRS. Dengan aspirasi Sumbangan Tepat & Pantas, Tanpa Banyak Protokol. Bantuan kemanusiaan daripada masyarakat kita sendiri untuk masyarakat yang memerlukan telah menjadi asas kepada saluran bantuan kami. Tugas kami hanyalah untuk menyalurkan bantuan tersebut dengan segera supaya dapat dirasa oleh golongan yang memerlukan tersebut.
Kewujudan THIRDFORCE dan YRS bukanlah untuk menyelesaikan masalah, Siapalah kita untuk selesaikan masalah kemiskinan dan sebagainya. Kewujudan kita adalah untuk mengambil saham akhirat masingmasing. Allahlah yang sebenarbenarnya penyelesai masalah. Niat kami adalah untuk Mengajak Semua Berbuat Baik
Jika anda ingin membantu, letakkan niat anda yang betul iaitu ikhlas dalam sumbangan tersebut. Sumbangan tidaklah terhad kepada wang semata-mata, tenaga anda sebagai sukarelawan, dan doa yang anda berikan juga sangat bermakna bagi kami. Ingin saya sampaikan bahawa walau apa pun terjadi, kita bantu sama kita.
#JomJadiOrangBaikBaik


